Skip to main content

Laman web terjemahan al-Quran bahasa melayu

Sebagai permulaan, hari ini saya nak berkongsi dengan para pembaca sekalian tentang sebuah laman web terjemahan al-quran yang disediakan oleh Universiti Islam antarabangsa Malaysia (IIUM). Laman web ini banyak membantu saya dalam menyiapkan kertas-kertas kerja syariah saya sebelum ini.

struktur laman web ini sememangnya ringkas dan mudah digunakan. Menggunakan frame disebelah kiri dan kanan. Di bahagian kiri memaparkan senarai nama surah dan disebelah kanan memaparkan terjemahannya. Saya rasa laman web ini tidak menggunakan database tertentu tetapi hanya HTML semata-mata. Bila terjumpa laman web yang menggunakan frame ini saya akan terkenang kembali saat saya mula-mula belajar membangunkan laman web menggunakan perisian Microsoft Frontpage kira-kira 5 tahun lepas.

Semua surah sebanyak 114 surah beserta bilangan ayat didalam setiap surah dipaparkan dengan sistematik. Saya tidak pasti adakah terdapat kekurangan dalam terjemahan ayat al-quran tetapi ianya merupakan satu inisiatif yang baik dan banyak membantu.

Ringkasnya kelebihan dan kekurangan laman web ini adalah seperti di bawah:-

Kelebihan - Ianya ringkas dan mudah digunakan. Boleh copy & paste terjemahan yang diinginkan.

Kekurangan - Tidak dibekalkan dengan ayat al-Quran. Hanya terjemahan dalam bahasa melayu rumi sahaja. Jika ada ayatnya lagi cun!.

Kekurangan – Tiada fungsi carian (search) yang memudahkan kita mencari sesuatu ayat atau terjemahan.

Ok, anda boleh layari laman webnya di sini : http://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/index.html

Jangan lupa bookmark laman web ini kerana anda mungkin memerlukannya di masa hadapan.

Comments