Skip to main content

Posts

Laman web terjemahan al-Quran bahasa melayu

Sebagai permulaan, hari ini saya nak berkongsi dengan para pembaca sekalian tentang sebuah laman web terjemahan al-quran yang disediakan oleh Universiti Islam antarabangsa Malaysia (IIUM). Laman web ini banyak membantu saya dalam menyiapkan kertas-kertas kerja syariah saya sebelum ini. struktur laman web ini sememangnya ringkas dan mudah digunakan. Menggunakan frame disebelah kiri dan kanan. Di bahagian kiri memaparkan senarai nama surah dan disebelah kanan memaparkan terjemahannya. Saya rasa laman web ini tidak menggunakan database tertentu tetapi hanya HTML semata-mata. Bila terjumpa laman web yang menggunakan frame ini saya akan terkenang kembali saat saya mula-mula belajar membangunkan laman web menggunakan perisian Microsoft Frontpage kira-kira 5 tahun lepas. Semua surah sebanyak 114 surah beserta bilangan ayat didalam setiap surah dipaparkan dengan sistematik. Saya tidak pasti adakah terdapat kekurangan dalam terjemahan ayat al-quran tetapi ianya merupakan satu inisiatif yang bai...

Salam pembuka bicara

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & salam sejahtera. Terima kasih kepada anda yang sudi melayari blog ringkas saya ini. Alhamdulillah saya bersyukur kehadrat Allah subhanahu wataala kerana atas rahmat dan ilmu yang dikurniakannya saya berjaya menyiapkan blog yang serba ringkas ini. Adalah menjadi harapan saya blog ini mampu memberikan sumbangan dari sudut pengkongsian ilmu. InsyaAllah pelbagai topik akan saya kongsikan. Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan agama dan mempunyai sedikit sebanyak kemahiran dalam bidang IT, saya akan berkongsikan apa saja pandangan saya dan berkongsi apa saja perkara baru yang saya temui. Ini merupakan blog kedua saya yang menggunakan platform blogspot. Niat saya hanya mahu mencuba perkara baru. Saya mempunyai domain sendiri dan memiliki kemahiran dalam self hosting CMS seperti wordpress dan joomla. Namun, kini saya cuba pula untuk bermain-main dengan blogspot. Dengan limitation yang ada pada blogspot ini saya memohon maaf sekiranya persemb...